BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

22 Nov 19 - Bengkel Pelan Strategik 5 Tahun (PS5T) Kementerian Pertahanan telah diadakan dengan jayanya selama 3 hari bermula 20 hingga 22 November 2019 yang bertempat di Hotel Kings Green, Melaka.

Objektif bengkel ini bertujuan dalam membuat penetapan dan pemurnian perancangan 2020 Kementerian Pertahanan selaras dengan Ministerial Performance Indicator. Selain itu, bengkel ini turut membincangkan mengenai persediaan pembangunan dokumen pelan strategik baharu selaras dengan Kertas Putih Pertahanan yg akan dibentangkan ke Parlimen tidak lama lagi.

Seramai 50 peserta dari semua bahagian Kementerian Pertahanan hadir memberikan komitmen dalam memastikan pelan strategik ini dapat dibangunkan dan dimurnikan. Bengkel ini diketuai oleh YBrs. Dr. Haji Hisham Kamal Bin Othman Kamal, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Perancangan Strategik, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan.