BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyempurnakan bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan pada hari ini.

Perhimpunan ini telah dihadiri oleh seramai hampir 600 orang warga Kementerian terdiri daripada kakitangan awam dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Fokus ucapan YB Menteri pada perhimpunan kali ini adalah menjurus kepada Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang telah dibentangkan di Parlimen semalam (2 Disember 2019).
KPP dilihat sebagai satu dokumen penting negara dalam menetapkan hala tuju Kerajaan untuk melindungi kepentingan negara serta mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah bagi mencapai Visi Pertahanan Negara iaitu mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur.

Turut hadir ialah YB Senator Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara (mewakili Panglima Angkatan Tentera), Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan serta para Pegawai Kanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia .