BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2020 - Majlis 'Send-Off' Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah diadakan di Dataran Wisma Pertahanan sebentar tadi.

Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan terakhir kepada beliau yang sebelum ini telah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 2 Januari, yang lalu.

Terlebih dahulu, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu, dan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong.

Beliau turut sempat menghadiri dan telah diraikan ketika Mesyuarat Pengurusan Tertinggi bersama-sama Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.