BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 23 JANUARI 2020 - Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Bank Muamalat, JAKIM dan RTM telah menganjurkan Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang membincangkan topik ATM Langkah Seiring bertempat di Dewan ALK, UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tajuk yang diketengahkan dalam forum ini telah dikupas oleh panel Ustad Muhammad Asyraf Muhammad Ridzuan, (Imam Muda Asyraf) serta wakil dari KAGAT, Lt Kol Nadzri Musnman manakala moderator forum ialah Ustad Zakaria Hj Othman Bahagian Kemajuan Islam (JAKIM). 

Mengambil intipati daripada Kertas Putih Pertahanan, objektif forum ini diadakan adalah bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang pentingnya keselamatan dan tanggungjawab bersama dalam mendaulatkan keamanan Negara.

Hadir sama, Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu serta isteri, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Pemangku Ketua Setiausaha, Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai-Pegawai kanan Awam dan ATM.