BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 3 Februari 2020 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Datuk Muez bin Abd Aziz memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia yang baharu hari ini.

Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan pagi ini disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBrs. Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dr Karminder Singh Dhillon serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan.

YBhg. Datuk Muez bin Abd Aziz dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berkuatkuasa 1 Februari 2020 menggantikan YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali yang telah dilantik Ketua Setiausaha Negara.

Seluruh warga Kementerian Pertahanan mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran YBhg. Datuk Muez bin Abd Aziz sebagai KSU Kementerian Pertahanan yang baharu.