BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Kuala Lumpur, 6 Februari 2020 - YBhg. Datuk Muez bin Abd Aziz telah menyampaikan Amanat Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU) di Auditorium Wisma Pertahanan pagi ini.

Majlis ini telah dihadiri lebih 500 orang warga awam yang terdiri daripada kakitangan dan pegawai kanan Kementerian Pertahanan. Dalam ucapannya, KSU telah menggariskan beberapa fokus sebagai hala tuju 2020 bagi Kementerian Pertahanan antaranya Kertas Putih Pertahanan, Isu-isu Keselamatan serta Etika dan Integriti.

Beliau turut menginspirasikan tagline "together we do better" dalam aspek untuk mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan dan bukannya "working in silos".
"Saya menyeru warga MinDef untuk bersatu dan berkerjasama di semua lapisan peringkat tidak hanya di peringkat atasan, tetapi terus ke sektor, bahagian dan unit tanpa mengikut kemahuan dan kepentingan diri sendiri. Komitmen, kerjasama, dan penerimaan daripada seluruh warga MinDef amat penting dalam merealisasikan perkara yang saya sebutkan tadi. Dalam perkara ini, saya ingin menekankan “we are as one football team, semua adalah penting”.

Terlebih dahulu, beliau telah menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di Dataran Wisma Pertahanan yang diketuai oleh Mej Zaidi bin Seman bersama tiga pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan.