BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

SINGAPURA, 11 Februari 2020 – Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu telah membuat lawatan kerja rasmi ke Singapura sempena Petunjukan Udara Singapura 2020 bertempat di Changi Exhibition Center yang akan berlangsung 11 hingga 16 Februari 2020.

Dalam rangka lawatan, YB Menteri telah menghadiri Majlis Perasmian Petunjukan Udara Singapura 2020 dan berkesempatan untuk berkunjung ke booth-booth daripada agensi dan syarikat di Pavilion Malaysia yang terlibat secara langsung dalam sektor aeroangkasa dan industri pertahanan. Beliau juga turut melawat ke pameran statik pesawat yang turut mempamerkan pesawat daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu pesawat pejuang Sukhoi (SU 30 MKM) dan pesawat pengangkut Airbus A400M.

Terlebih dahulu, YB Menteri juga telah membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau, Dr Ng Eng Hen. Pada pertemuan tersebut, kedua-dua menteri mengulangi penegasan akan hubungan pertahanan dua hala yang baik sejak sekian lama di antara Singapura dan Malaysia.

Hadir sama, Ketua Setiausaha, Datuk Muez bin Abd Aziz, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta delegasi daripada Kementerian Pertahanan.