BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2020 - Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah menganjurkan My Veteran My Hero Charity Run 2020 bertempat di Parkir C, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.

Acara pelepasan bagi kategori larian 19.33 km telah dilaksanakan oleh Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah JHEV ATM manakala acara-acara lain merangkumi jarak 1 kilometer, 5 kilometer dan 10 kilometer telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong. Bagi acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz.

Matlamat program larian ini sejajar dengan objektif utama Kempen Tabung Pahlawan iaitu bagi menambah dana Kutipan Tabung Pahlawan untuk memanfaatkan kepada Veteran ATM merangkumi Veteran Kelainan Upaya (VKU), bantuan khas kepada balu dan anak-anak dalam kategori OKU serta bantuan kebajikan lain.

Hadir sama memeriahkan program ini, Panglima Angkata Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan.