BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2020 - Warga Kementerian bersama-sama memeriahkan majlis ilmu "Kasih dan Kerjaya" anjuran Jawatankuasa Pembangunan diri, Latihan dan Kebajikan (JPDLK) Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) bersama Al Fadhil Ustaz Ebit Lew bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada konsep amanah, ketelusan serta kasih sayang dalam melaksanakan tugasan selain memahami konsep kasih sayang pada diri sendiri, pekerjaan dan organisasi.

Seramai hampir 600 orang warga Kementerian terdiri daripada kakitangan awam dan ATM telah menghadiri program ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Setiausaha Bahagian BPSM, En. Mazlan Abd Mutalib serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan.

#MinDefMalaysia