BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2020- Kapten Manvikram Singh Gill telah menempah nama buat Angkatan Tentera apabila menjadi pegawai tentera pertama menerima anugerah ‘Pharmacy Professional of The Year 2019’ oleh SwipeRx, rangkaian sosial ahli farmasi terbesar di Asia Tenggara.

Manvikram diberi penghormatan di atas sumbangannya dalam bidang farmasi kepada Angkatan Tentera dan rakyat di negara ini, mengatasi pesaing-pesaing serantaunya yang lain. Selain daripada tugas wajibnya, beliau juga aktif melibatkan diri dalam Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Persatuan Alumni Pertahanan Malaysia-Australia, Persatuan Angkatan Tentera Sikh dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia.

Seluruh warga Kementerian Pertahanan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Kapten Manvikram Singh Gill.

#MinDefMalaysia