BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Port Dickson, 17 Februari 2020- Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong telah merasmikan Women, Peace and Security Course 2020 yang dihadiri oleh wakil-wakil anggota tentera wanita (pranita) dari Malaysia, 17 pegawai tentera dari Bangladesh, Kanada, Indonesia, Mongolia, Nepal, Pakistan, Thailand and Vietnam bertempat di Pusat Pengaman Malaysia, Negeri Sembilan.

Dalam ucapan perasmiannya, Liew Chin Tong menegaskan bahawa wanita memainkan peranan yang penting dalam dunia pertahanan negara. Selari dengan intipati Kertas Putih Pertahanan, ATM berusaha untuk meningkatkan kepelbagaian (diversity) dan keseimbangan jantina bagi menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam tentera. Oleh itu, kerajaan turut komited dalam menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyokong penglibatan wanita dalam ATM termasuklah kesamarataan dalam peluang pekerjaan, penyediaan pusat asuhan dan khidmat jagaan kanak-kanak.

Selain daripada itu, Liew Chin Tong menyatakan komitmen Malaysia dalam menjaga keamanan dan kestabilan serantau serta global dengan memperlihatkan usaha penglibatan Malaysia dalam Operasi Pengaman (Peacekeeping Operation, PKO) dan Misi Kemanusiaan. Ini termasuklah Hospital Medan Malaysia (Malaysian Field Hospital) di Cox’s Bazaar serta Pasukan Pemerhati Antarabangsa (International Monitoring Team) di Mindanao. Usaha-usaha sebegini merupakan satu usaha yang besar, bukan sahaja untuk kepentingan Malaysia tetapi ianya turut memacu komitmen dasar luar Malaysia dalam memastikan keamanan dan keselamatan global terjaga secara kolektif.

Penutup ucapannya, Liew Chin Tong berharap Kursus Women, Peace and Security Course 2020 mendapat impak yang positif kepada peserta dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam sebuah organisasi tentera.

#MinDefMalaysia