BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

SUBANG, 28 Februari 2020 - Pesawat C130H dari No 20 Skn, Pangkalan Udara Subang hari ini telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa pesakit kanak- kanak lelaki yang mengalami masalah jantung.

Pesakit, Nuriel Assyifa bin Khalvin L. Karl berusia 2 tahun 8 bulan telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 2.35 petang dan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 5.53 petang.

Pesakit yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah dibawa menaiki ambulan sebaik sahaja tiba di Pangkalan Udara Subang untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Serdang.

Penerbangan ihsan ini telah dikendalikan oleh Mej Rosnalisa Fitri binti Mohammed Rosli TUDM selaku juruterbang bersama pembantu juruterbang Kapt Muhammad bin Sujangi TUDM serta lima anak kapal.

Turut sama dalam penerbangan ini adalah waris pesakit iaitu Khalvin Khalil L Karl dan Nor Afifah binti Maidin Li serta dua orang Pegawai Perubatan bersama seorang Paramedik.

Semoga usaha murni TUDM khususnya juruterbang serta anak kapal pesawat C130H ini dapat membantu pesakit yang menghidap sakit kronik ini mendapatkan rawatan pakar dengan segera. Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar Nuriel Assyifa diberikan kesembuhan dan kembali sihat.