BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KOTA KINABALU, 28 Februari 2020 - Hampir 10000 pengunjung hadir pada pertunjukan tatu sempena sambutan Hari Tentera Darat (HTD) ke-87 di Stadium Likas, semalam.

Tatu tentera adalah persembahan dram berkumpulan anggota tentera yang mempamerkan kemahiran mengendalikan instrumen muzik di samping membuat disiplin kawad.
Pertunjukkan tatu ini merupakan acara kemuncak HTD selepas Majlis Pelancaran Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat di Padang Bandaran Tawau, pada 19 Januari yang lalu.

Antara persembahan menarik termasuk pertunjukkan payung terjun, tarian perang, tempur tanpa senjata, pancaragam, kawad senyap dan deklamasi sajak.

Kemeriahan acara itu turut diserikan dengan kehadiran Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Menteri Kabinet Negeri.