BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2020 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abdul Muez bin Abd Aziz telah merasmikan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Tahun 2020

bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, hari ini.

Sesi penyerahan kepada penerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) bagi warga ATM Kementerian Pertahanan pula telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM.

Bagi menghargai sumbangan dan penghargaan kepada warganya, Kementerian Pertahanan dan ATM telah menganugerahkan APC dan Pingat PPT tahun 2020 kepada 862 warga awam, 9,592 warga ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan 229 orang pesara menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 10,653 orang.

Turut berlangsung, sesi penyerahan Sijil 25 Tahun Perkhidmatan kepada 11 orang penerima yang merupakan barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan. Selain itu, 2 orang penerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan yang khas diberikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Sebagai rekod, majlis pada hari ini hanya melibatkan 426 orang penerima APC dan Pingat PPT yang terdiri daripada penjawat awam di Wisma Pertahanan dan Unit-Unit Tentera, warga ATM serta Pesara Awam terpilih manakala selebihnya akan dilaksanakan oleh Bahagian dan Jabatan masing-masing. Pecahan keseluruhan penerima adalah seperti di Lampiran.

Turut hadir adalah Panglima-Panglima Perkhidmatan, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Pegawai-pegawai Kanan serta warga Kementerian Pertahanan dan ATM.