BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2020 - Ketua Setiausaha, Datuk Muez bin Abd Aziz melancarkan petak khas parkir untuk kakitangan wanita di Kementerian Pertahanan sempena Hari Wanita Sedunia 2020 yang akan disambut pada 8 Mac ini.

Turut sama pada pelancaran ini, isteri beliau, Datin Rafidah binti Latif yang juga Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan serta Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan).

Inisiatif parkir khas wanita ini bertujuan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada golongan wanita yang bekerja di Kementerian Pertahanan. Kemudahan ini juga sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan kakitangan wanita yang menjadi sebahagian tonggak dan penggerak di Kementerian Pertahanan.

Untuk permulaan, sebanyak lima petak khas parkir telah disediakan untuk kegunaan kakitangan wanita Kementerian yang akan berkuatkuasa pada 9 Mac 2020.