BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

PUTRAJAYA, 10 Mac 2020 – Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob bersama timbalannya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, hari ini.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kesemua 31 orang menteri kabinet yang akan mengisi pelbagai portfolio kementerian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.