BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2020 - Selaras dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, semua Ketua Jabatan di Kementerian Pertahanan hendaklah memastikan Arahan Kawalan Pergerakan dipatuhi untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan wabak Pandemik COVID-19. 

Ketua Setiausaha, Datuk Muez bin Abd Aziz berkata semua kakitangan yang terlibat dibolehkan untuk membawa peralatan pejabat termasuklah laptop dan juga dokumen-dokumen yang bukan dikategorikan sebagai rahsia untuk bekerja dari rumah (work from home). 

Namun begitu, bahagian-bahagian yang kritikal seperti Bahagian Kewangan, Bahagian Perolehan, Bahagian Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Maklumat akan beroperasi secara minima dan bilangan kakitangan akan dihadkan serta dibuat penggiliran sewajarnya

Beliau turut menegaskan seluruh warga MINDEF dilarang sama sekali untuk ke luar negara dan juga pusat rekreasi, ibadat, sukan, serta pusat hiburan. 


Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap kakitangan yang gagal mematuhi perkara yang dinyatakan di perenggan 6 melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan. Kakitangan adalah tertakluk kepada Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993] dan peraturan – peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.​