BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2020 - Kementerian Pertahanan akan melaksanakan ujian saringan COVID-19 di Wisma Pertahanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020.

Ujian saringan ini akan dilaksanakan di Pintu Utama dan Kaunter Kor D oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) kepada semua warga ATM dan Awam yang bertugas di Kompleks Wisma Pertahanan.

Terlebih dahulu, pegawai penyelidik STRIDE telah memberi bantuan pamasangan peralatan thermal scanner iaitu thermal camera dan portable infrared thermometer yang akan digunakan untuk membuat ujian wabak ini di Wisma Pertahanan.

Hadir sama ketika pemasangan alat ini, Ketua Setiausaha, Datuk Muez bin Abd Aziz dan Pengarah STRIDE, Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani.