BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2020 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah melakukan Lawatan Kerja Rasmi ke Markas Tentera Darat (MK TD) hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama kali setelah beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang baharu pada 9 Mac yang lalu.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan diperkenalkan kepada Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah di bawah pengurusan Markas Tentera Darat.

Seterusnya, YB Menteri telah diberi taklimat oleh Kol Azudin Pengarah Operasi TD berkenaan fungsi, peranan dan tugas serta pengenalan tentang organisasi Tentera Darat di Bilik Mesyuarat Sekretariat MK TD.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abdul Aziz, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah serta Pegawai-Pegawai Kanan TD.