BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2020 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menyempurnakan penyerahan bungkusan makanan serta minuman kepada Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM

untuk diagihkan kepada anggota-anggota ATM yang terlibat dalam tugas bantuan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wisma Pertahanan petang tadi.

Sumbangan berkenaan adalah daripada beberapa syarikat korporat kepada pihak Kementerian Pertahanan sebagai menghargai tugas yang dilaksanakan oleh anggota tentera membantu menguatkuasakan PKP.

Turut sama dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abdul Aziz dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.