BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2020 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah membuat tinjauan ke kawasan operasi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh PDRM dan ATM di Jalan Ampang Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam tinjauan tersebut, YB Menhan berkesempatan melihat sendiri keadaan dan kesiapsagaan anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi sekatan jalan raya yang sedang dilaksanakan.

Turut mengiringi beliau dalam tinjauan berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.