BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2020 - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima sumbangan 600,000 topeng muka bagi pihak Kerajaan Malaysia daripada Duta China ke Malaysia, H.E Bai Tian di Kementerian Pertahanan di sini.

Topeng muka ini merupakan sumbangan sosial korporat tiga buah syarikat dari China iaitu Jianhui Paper Kuantan (Malaysia) Sdn Bhd, Beibu Gulf Holding (Malaysia) Sdn. Bhd., dan Malaysia - China Kuantan Industrial Park.

Ia untuk kegunaan pasukan hadapan (frontliners) dan petugas-petugas yang bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz & Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz.