BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

SUBANG, 27 Mac 2020 – Pesawat pengangkut C130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia hari ini telah melaksanakan penerbangan ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan membawa bekalan darah dan spesimen klinikal tambahan kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kedua-dua negeri tersebut.

Sebanyak 375 blood pack seberat 562 lbs dan 3698 lbs spesimen klinikal telah dibekalkan oleh KKM bagi kegunaan hospital-hospital di sana dalam usaha memberikan rawatan perubatan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.

Pesawat C130H dari No 20 Skn yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang telah berlepas kira-kira jam 11.00 pagi tadi dari Subang. Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Mejar Muhammad Izwan shah bin Azman TUDM sebagai juruterbang dan dibantu oleh Kapt Shahril Amin bin Dzulkefli TUDM selaku pembantu juruterbang bersama lima anak kapal