BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Kepala Batas, 12 Mei 2020 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan rondaan di sepanjang 240 kilometer sempadan negara dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Weng di Baling, Kedah menjelang sambutan Aidilfitri kira-kira-kira dua minggu lagi bagi memastikan tiada pencerobohan.

Panglima Enam Briged Infantri Malaysia Brig Jen Datuk Mohd Halim Khalid berkata pihaknya mengenal pasti laluan tikus baharu di sepanjang sempadan tersebut.

Pada masa ini 500 pegawai dan anggota ATM ditugaskan di sepanjang sempadan itu dan ATM turut menggunakan teknologi terkini termasuk pemantauan menerusi udara menggunakan dron bagi memastikan tiada pihak, khususnya pendatang asing tanpa izin membolosi sempadan negara.