BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Kuala Lumpur, 12 Mei 2020 – Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2020 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur ditunda ke tarikh 28 hingga 31 Mac 2022 .

Keputusan ini terpaksa diambil setelah perbincangan dan pertimbangan yang teliti dibuat bersama Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikutan kebimbangan COVID-19 yang mengakibatkan gangguan perjalanan antarabangsa dan situasi lain.

Pameran yang sepatutnya diadakan di MITEC itu mulanya dijadualkan pada April 2020 dan kemudian ditunda pada Ogos depan berikutan penularan Covid-19.

Sementara itu, Pengerusi DSA Exhibition & Conference Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin keputusan berat itu diambil kerana syarikat itu meletakkan kesihatan dan kesejahteraan semua yang terlibat sebagai keutamaan dan tanpa kompromi. "Ketika krisis meningkat, ia dianggap sebagai kepentingan terbaik semua pihak yang terlibat untuk menangguhkan acara tersebut pada awal 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan Sri Asmat Kamaludin yang merupakan penganjur utama kedua-dua pameran ini menyatakan bahawa keputusan penundaan acara ini disokong sebulat suara, walaupun hanya tinggal dua bulan dari tarikh asal pameran ini sepatutnya berlangsung.

“Dengan jangkaan 1,500 syarikat mengambil bahagian daripada 60 buah negara, melibatkan 350 delegasi kenamaan, 50,000 pelawat daripada seluruh pelusuk dunia, keputusan menangguhkan acara ini adalah keputusan yang terbaik untuk memastikan persekitaran perniagaan yang kondusif dan produktif untuk para peserta, pihak pempamer dan semasa acara berlangsung".