BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

Kuala Lumpur, 19 Mei 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri di Wisma Pertahanan hari ini.

Majlis yang dianjurkan BKP dengan kerjasama KAKEP dan PUSPANITA telah memberi sumbangan berbentuk wang serta barangan makanan kepada 182 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan awam Kementerian Pertahanan.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan serta pegawai kanan awam Kementerian Pertahanan.