BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2020 - Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf Naskah Al-Quran oleh Kumpulan Media Karangkraf kepada warga ATM telah diadakan di Wisma Pertahanan hari ini.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub kepada Menteri Kanan Keselamatan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dengan jumlah sebanyak 10000 naskah Al-Quran.

Selain Kumpulan Media Karangkraf, Syarikat Agate Group Malaysia Sdn. Bhd turut menyumbangkan barangan keperluan makanan kepada golongan asnaf mangsa COVID-19. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Naina Mohamed Sultan, Pengarah Pengurusan Syarikat Agate Group Malaysia Sdn Bhd kepada YB Menteri Pertahanan.

Turut berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam Kementerian Pertahanan gred 19 dan ke bawah. Sumbangan sebanyak 2000 ekor ayam tersebut telah disampaikan oleh En Azhari Arshad, Pengarah Eksekutif Malayan Flour Mill and Dinding’s Poultry kepada YB Menteri Pertahanan.

Majlis turut dihadiri oleh Datuk Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM Panglima Angkatan Tentera.