BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

LUMUT, 25 Jun 2020 – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Kanan (PKK) TLDM telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL), Laksamana Madya Dato’ Abdul Rahman bin Hj Ayob

di Auditorium Venus, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM (MPPL), Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Seramai 29 PKK TLDM terdiri daripada 22 lelaki dan 7 wanita telah menyertai perkhidmatan melalui kemasukan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Pengambilan 2014 dan 2015. Mereka telah menjalani tempoh pengajian dan latihan ketenteraan di UPNM dan KD SULTAN IDRIS I (KDSI I) selama empat tahun bagi PKK dari Cawangan Eksekutif dan Bekalan manakala lima tahun bagi Cawangan Kejuruteraan.

Mereka dijadualkan menyertai perbarisan tamat latihan dan upacara pentauliahan pada 18 Mac 20 lalu namun terpaksa dibatalkan disebabkan oleh pandemik COVID-19. Lanjutan dari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), MPPL sebagai markas latihan telah melaksanakan Majlis Pemakaian Pangkat PKK TLDM mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan.

Lt Muda Muhamad Ikmal bin Mohd Saed TLDM.telah menerima anugerah Piala Seri Samudera dan Pedang Kehormat sebagai PKK Terbaik Keseluruhan pada majlis tersebut.