BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2020 – Ketua Setiausaha, Datuk Muez bin Abd Aziz hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Wakalah dari Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Auditorium Wisma Pertahanan.

Program tersebut adalah dibawah penganjuran Jawatankuasa Kerohanian dan Jawatankuasa Pembangunan Diri, Latihan dan Kebajikan, Kelab Kakitangan Awam KAKEP dan telah diserahkan kepada 160 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan awam Kementerian Pertahanan.