BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2020 – Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan sebanyak 3 buah helikopter MD530G Tentera Darat Malaysia telah siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, katanya, daripada enam helikopter jenis MD350-G itu, tiga yang sudah siap sepenuhnya namun mengalami kesukaran dari segi penghantaran berikutan penularan COVID-19.

Pihak Kementerian sepatutnya menghantar pegawai ATM untuk melakukan pemeriksaan dan memperoleh pensijilan tetapi terhalang berikutan wabak COVID-19.

Menurut beliau lagi, 3 buah helikopter lagi belum siap sepenuhnya.

Beliau turut menjelaskan perolehan kesemua 6 buah helikopter MD530G tetap diteruskan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 2019.

Pada akhir tahun lalu, pihak Kementerian Pertahanan menyatakan kelewatan penghantaran helikopter MD530G adalah berpunca dari  isu teknikal yang berkaitan Syarikat Pembuat Asal (OEM).