BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

KUALA LUMPUR, 8 Sept 2020 - Sesi perjumpaan Ketua Setiausaha, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz bersama Setiausaha Pejabat serta Pembantu Setiausaha Pejabat telah diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.

Dalam ucapan ringkas, KSU menekankan supaya semua penjawat awam perlu mengutamakan budaya kerja berintegriti supaya semua tugasan dapat dilaksanakan dengan efisien dan berkesan. Majlis yang julung kali diadakan ini telah dihadiri kira-kira 100 orang setiausaha pejabat serta pembantu setiausaha pejabat di Kementerian pertahanan.

Hadir sama, TKSU (Pengurusan), Puan Mastura binti Ahmad Mustafa & SUB BPSM, Encik Yuswan bin Yunus.