BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider


SARAWAK, 16 Sept 2020 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menghadiri sambutan ulang tahun ke-57 pembentukan Negara Malaysia yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu, dalam suasana norma baharu serta serba sederhana.

Bertemakan “Malaysia Prihatin” sambutan disambut dengan penuh semangat patriotik dengan persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik, perarakan masuk Jalur Gemilang oleh 13 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan diikuti upacara menaikkan panji-panji Malaysia diiringi lagu Negaraku.

Sambutan Hari Malaysia 2020 yang di sambut di peringkat kebangsaan ini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) susulan pandemik COVID-19 yang masih membelenggu negara.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama beberapa tetamu kenamaan termasuk Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob serta kenamaan dari Sabah dan Sarawak.

Kredit Gambar: KKMM