BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

SUBANG, 16 November 2020 - Kumpulan Ke-4 Kontinjen MALBATT 850-7 telah selamat tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 5.00 petang hari ini yang merupakan kumpulan akhir dari 4 peringkat pergerakan bermula 2 Oktober lalu.

Kumpulan ini terdiri daripada 46 pegawai dan 150 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seorang pegawai dan 5 anggota LLP dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang Pegawai Awam Kewangan.

Setelah setahun berkhidmat di bawah naungan panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), MALBATT 850-7 dengan rasminya telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada MALBATT 850-8 yang diketuai oleh Kolonel Azudin bin Hassan pada 14 November 2020 lalu.

Sepanjang penugasan, MALBATT 850-7 telah mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang sekaligus membuktikan keupayaan serta kemampuan ATM dalam melaksanakan misi pengaman di peringkat antarabangsa.

Kesemua pegawai dan anggota yang kembali ke Malaysia akan  menjalani pemeriksaan kesihatan serta kuarantin wajib selama 14 hari di MALBATT Village, Port Dickson.