BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2020
Slider

PUTRAJAYA - Perintah kuarantin yang diwajibkan ke atas rakyat Malaysia dan warga asing yang memasuki Malaysia melibatkan semua laluan udara, laut dan darat di seluruh Malaysia termasuk sempadan Sarawak dan Sabah.

KUALA LUMPUR, 17 April 2020 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dengan ini mengesahkan hasil dari usaha memperketatkan kawalan dan rondaan persempadanan negara, ATM telah berjaya mengesan dan menggagalkan cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) - Rohingya dari memasuki Malaysia pada 16 April 2020.

KUALA LUMPUR, 17 April 2020 - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

PUTRAJAYA, 15 April 2020 - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga.

PUTRAJAYA, 17 April 2020 - Dakwaan pihak tertentu bahawa polis tiada kuasa menangkap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berasas, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR, 15 April 2020 - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima sumbangan bagi pihak kerajaan berjumlah RM1.6 Juta daripada syarikat korporat untuk Tabung COVID-19.