Kuala Lumpur, 3 Jan 2019 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong telah mengadakan lawatan kerja di Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi memahami fungsi dan tanggungjawab JHEV dalam menjaga kebajikan warga veteran.

Selain itu juga, lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh pihak JHEV dan mendengar cadangan-cadangan bagi menambah baik mutu perkhidmatan yang sedia ada.

YB Senator Liew Chin Tong juga berkesempatan bertemu dengan Ketua-ketua Pengarah cawangan dari seluruh negara dan telah diberi taklimat berkaitan hal ehwal pengurusan di negeri masing-masing.

Turut serta adalah Ketua Pengarah JHEV, Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah JHEV, Hj Abd Karim bin Husain serta kakitangan JHEV.