KEMENTERIAN
latihan industri

Mohon untuk menjalani latihan industri di Kementerian Pertahanan

Sebarang permohonan untuk menjalani latihan industri di Kementerian Pertahanan bolehlah disalurkan ke :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pertahanan,
Tingkat 2, Wisma Pertahanan,
Jalan Padang Tembak,
50634, KUALA LUMPUR.

sumbangan / tajaan

Mohon sumbangan / tajaan daripada Kementerian

Kementerian Pertahanan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk sumbangan / tajaan bagi mana-mana pihak.

biasiswa

Skim Biasiswa untuk ke luar negara yang ditawarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia

Semenjak tahun 2010, Angkatan Tentera Malaysia serta Kementerian Pertahanan Malaysia tidak lagi menawarkan skim biasiswa.

stride

Apakah STRIDE?

STRIDE merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Pertahanan yang berfungsi untuk memberi sokongan teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan.

pengesahan spesifikasi

Bagaimana prosedur mendapatkan pengesahan spesifikasi dari STRIDE?

1. Hantar spesifikasi perolehan ke Cawangan Penyelidikan & Kajian Strategik, STRIDE.
2. Mesyuarat Penapisan & Pengesahan Spesifikasi akan diadakan kemudian bersama pengguna.

pengesahan spesifikasi

Berapa lama satu proses pengesahan spesifikasi akan diperolehi?

Biasanya mengambil masa selama 4 minggu untuk pengesahan satu spesifikasi.

KEMENTERIAN
pengesahan spesifikasi

Spesifikasi peralatan bagaimanakah yang perlu dapatkan pengesahan dari STRIDE?

Semua spesifikasi perolehan Kementerian Pertahanan (kecuali item ICT dan perubatan) perlu dapatkan pengesahan dari STRIDE sebelum dihantar ke Bahagian Perolehan.

perkhidmatan stride

Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh STRIDE?

Perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang disediakan oleh STRIDE adalah seperti berikut :

1. Menguruskan dan menjalankan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)
2. Membantu membangun dan mengesahkan spesifikasi perolehan pertahanan.
3. Penilaian teknikal perolehan pertahanan.
4. Melaksanakan penyelidikan operasi dan memberi khidmat nasihat dalam pembangunan keupayaan pertahanan.
5. Menjalankan analisis kegagalan komponen, bahan dan peralatan.
6. Pengujian, pengukuran dan pemeriksaan makmal dan medan.
7. Perundingan teknikal.
8. Kalibrasi dan pengukuran jitu.

perkhidmatan stride

Adakah kementerian lain atau syarikat swasta boleh menggunakan perkhidmatan STRIDE?

Ya, semua kementerian/jabatan kerajaan boleh gunakan perkhidmatan STRIDE. Syarikat swasta juga boleh menggunakan perkhidmatan STRIDE tetapi akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan.

KEMENTERIAN
tempoh sah laku spesifikasi

Berapa lama tempoh sah laku satu spesifikasi?

Tempoh sah laku sesuatu spesifikasi berbeza mengikut jenis item seperti berikut :
a) Dua (2) TahunAll equipment / systems / materials related to :
- Electronic Test Equipment
- Electronic Communication
- Electro-opticali
- Electronic Surveillance and Electronic Warfare
- Navigation and electronic simulation systems
- Training simulation system (not wholly electronic or mechanical hardware)

b) Tiga (3) TahunAll equipment / systems / materials related to :
- Small Arms and Ammunition
- Ordnance
- Weapons Platforms
- Personal Protection Armour
- Personal Protection (excluding armour)
- Mechanical and small electro-mechanical

bil / invois

Apakah Sebab Utama Bil/Invois dari Pembekal/Syarikat Tidak Dapat Diproses Dalam Tempoh Yang Ditetapkan?

Sebab-sebab utama bil/invois tidak dapat diperoses dalam tempoh yang ditetapkan ialah:

1. Dokumen sokongan seperti Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Status Bumiputera bagi perolehan tidak disertakan;
2. Salinan Sijil Jaminan Bank/Bon Pelaksanaan yang disahkan tidak disertakan atau langsung tidak disertakan;
3. Senarai item dalam inbois tidak sama dengan senarai dalam borang pesanan;
4. Jumlah tuntutan atau harga dalam inbois tidak sama dalam borang pesanan;
5. Perkiraan tidak tepat atau salah;
6. Nama bank atau No. Akaun Bank tidak disertakan;
7. Tuntutan bayaran melebihi had bumbung kontrak atau tempoh kontrak telah tamat;
8. Tarikh bil/inbois terdahulu daripada tarikh pesanan;
9. Pesanan / perolehan dibuat tanpa peruntukan;
10. Barangan belum / tidak diterima tetapi disahkan terima;
11. Bil / Inbois dimajukan selepas tarikh penutupan tempoh Akaun Kena Bayar (AKB);
12. Bil/Inbois tidak ditandatangani dan
13. Tidak mematuhi peraturan kewangan dan tatacara perolehan.

bil / invois

Apakah Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh Pembekal/Syarikat Sebelum Mengemukakan Bil/Invois?

Sebelum pembekal/syarikat mengemukakan bil/invois kepada Cawangan Urusan Bil, perkara-perkara-perkara berikut mestilah disempurnakan:-

1. No. Bil/Invois dan tarikh mesti ada.
2. Pastikan nama dan alamat pembekal adalah betul.
3. Bil/Invois hendaklah ditandatangani dan bayaran hendaklah sama dengan butir-butir di borang pesanan.
4. Mencatatkan rujukan pesanan/sebutharga/kontrak atau lain-lain kelulusan khas dari agensi berkenaan diruangan yang dikhaskan pada borang pesanan tersebut.
5. Mencatatkan nama. Alamat dan No. Akaun Bank di mana bayaran akan dikreditkan. Sekiranya menggunakan kemudahan factoring, cop/catatkan butir-butir pemfaktoran dan sertakan sekali surat perjanjian/pengesahan berkaitan.
6. Sertakan dokumen-dokumen sokongan yang disyaratkan mengikut jenis perolehan.
7. Dapatkan tandatangan pengesahan Jabatan/Unit yang sesuatu pembekalan itu (barangan/perkhidmatan/pembaikan) telah dilaksanakan dengan sempurna melainkan perolehan secara FOB.
8. Pastikan bil/invois dan dokumen sokongan adalah yang asal dan paling minima dalam 3 salinan (1 asal dan 2 salinan) dan bagi PTJ yang melaksanakan e-SPKB 2 salinan (1 asal dan 1 salinan).

KEMENTERIAN
bil / invois

Apakah Tindakan Yang Perlu Dilakukan Bagi Invois Asal Yang Hilang?

Pembekal setelah pasti dan yakin bil/invois didapati hilang dan belum menerima bayarannya boleh mengemukakan salinan bil/invois dengan membuat perakuan seperti berikut :-

“ Diakui salinan sah dan tiada apa-apa bayaran diterima di atas bil/invois asal yang hilang dan sekiranya bil/invois asal ditemui, pihak kami tidak akan membuat tuntutan lagi “.

Tandatangan :
Nama :
Cop Syarikat :
Tarikh :
- Salinan dokumen sokongan untuk bil/invois tersebut hendaklah disahkan oleh pihak yang telah menerima perbekalan/perkhidmatan.

previous arrow
next arrow
Slider
PENGURUSAN ADUAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
ADUAN

Apa yang boleh saya adu kepada Kementerian Pertahanan Malaysia?

Kementerian Pertahanan Malaysia boleh menyiasat aduan-aduan berkenaan kelewatan / tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan dan lain-lain yang melibatkan MinDef.

ADUAN

Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon.

BAYARAN

Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

CARA

Bagaimana cara menyalurkan aduan kepada MinDef?

Aduan boleh disalurkan melalui saluran berikut:
Talian 1MOCC – 03 8000 8000
Aduan Online Melalui Sistem ISPAAA
Melalui Surat Rasmi

ADUAN

Apa berlaku kepada aduan saya selepas saya mengemukakan aduan kepada MinDef?

Aduan anda akan diselesaikan mengikut carta penyelesaian aduan yang telah ditetapkan oleh Mindef

Slider
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
SVTB1M

Bagaimanakah caranya untuk menyemak status Skim Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M)?

Untuk menyemak status SVTB1M boleh di semak melalui laman web Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di www.jhev.gov.my atau mana-mana cawangan JHEV yang berdekatan dengan anda.

JURURAWAT

Syarat memohon sebagai jururawat di hospital tentera bagi graduan lepasan kolej atau universiti.

Pengambilan anggota rekrut dengan diploma kejururawatan dibuka dua kali setahun iaitu pada bulan April dan September setiap tahun. Iklan temuduga terbuka akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Pemohon yang berminat bolehlah hadir ke pusat-pusat temuduga yang berhampiran dengan tempat pemohon.

KOLEJ TENTERA DARAT

Skim Biasiswa untuk ke luar negara yang ditawarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia

Mulai tahun 2010 tiada lagi pengambilan kadet ke Kolej Tentera Darat. Kemasukan pegawai adalah melalui dua cara sahaja iaitu bagi lepasan SPM adalah melalui Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Manakala bagi lepasan ijazah pula adalah melalui Pegawai Kadet Graduan. Kelayakan minimum yang diperlukan bagi pegawai adalah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam jurusan yang akan ditentukan oleh perkhidmatan Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Perajurit Muda Tentera Darat

Cara mendapatkan borang untuk kemasukan ke Perajurit Muda Tentera Darat

Mulai 1 Mac 2013, pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat telah dilaksanakan secara online melalui laman web JobsMalaysia dengan menggunakan alamat url seperti berikut www.jobsmalaysia.gov.my.

pemilihan awal Perajurit Muda

Adakah saya lulus untuk pemilihan awal Perajurit Muda (Tentera Darat/Laut/Udara) dan layak ke peringkat seterusnya?

Setiap calon yang memohon akan dimaklumkan melalui surat sama ada lulus atau gagal.
Bagi calon tentera darat, calon boleh membuat semakan melalui internet. Mohon ke link berikut untuk rujukan/semakan: http://army.mod.gov.my (Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia). Harap Maklum.

pemilihan awal perajurit muda

Bilakah pemilihan awal perajurit muda (Tentera Darat/Laut/Udara) seterusnya dan di mana ia akan diadakan?

Iklan bagi pemilihan awal perajurit muda akan disiarkan di Portal Kementerian Pertahanan http://www.mod.gov.my di bahagian jawatan kosong, Laman Web Angkatan Tentera Malaysia, Laman Web http://www.jobmalaysia.gov.my dan juga boleh disemak di akhbar-akhbar tempatan. Harap maklum.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
ASKAR WATANIAH

Apakah kelayakan untuk menyertai Askar Wataniah?

Syarat-syarat untuk menjadi anggota kerahan:

- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 29 tahun
- Sihat tubuh badan
- Mestilah mempuyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus 4 subjek termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
-Tempoh permulaan perkhidmatan adalah 5 tahun.

maktab tentera diraja

Apakah syarat kelayakan untuk menuntut di Maktab Tentera Diraja (MTD) Kem Perdana Sg Besi?

Untuk makluman, antara syarat minima untuk menjadi putera di Maktab Tentera Diraja adalah keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains). Harap Maklum.

spptc / afats

Saya berkelulusan PMR, bagaimanakah caranya hendak menuntut di Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTC) atau AFATS?

Untuk makluman, demi kebaikan generasi akan datang SPPTD masih lagi dalam proses menaik taraf dari Sekolah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Jika dahulu penuntut akan keluar dengan SPVM, tetapi bilamana perkara tersebut direalisasikan, setiap penuntut akan keluar dengan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (Setaraf Diploma). Maka pengambilan penuntut berkelulusan PMR telah dimansuhkan.

maktab tentera diraja

Bagaimana saya hendak mengetahui samada saya telah diterima masuk atau gagal untuk menjadi putera di Maktab Tentera Diraja?

Terima kasih kerana berminat untuk meneruskan pembelajaran ke The Royal Military College (RMC) Kem Sg Besi. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kelulusan menjadi putera, saudara boleh berhubung terus dengan maktab tentera diraja di Laman Web www.rmc.edu.my Harap Maklum dan Terima Kasih.

kor kesihatan diraja

Bagaimana saya hendak menjadi jururawat di Kor Kesihatan Diraja?

Pengambilan paramedik Kor Kesihatan Diraja dibuka kepada semua pemohon yang memiliki diploma dalam semua bidang dari institusi IPTA dan IPTS. Pengambilan akan dibuka 2 kali setahun iaitu pada bulan APRIL dan September setiap tahun secara Walk-In ditempat temuduga yang berdekatan dengan tempat anda. Iklan pengambilan akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan.

TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Apakah kelayakan untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia?

Kelayakan akademik
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu Subjek Sains dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris,
atau
2. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Matematik, salah satu subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM.
Lain-Lain Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.

- Penglihatan dan pengecaman warna yang baik.
- Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.
- Syarat minima ukuran fizikal:

Tinggi - 1.62 M

previous arrow
next arrow
Slider