DKICT V5.0

PENGENALAN DKICT V5.0

DKICT MinDef mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT MinDef.

OBJEKTIF

DKICT MinDef diwujudkan untuk menjamin kesinambungan bisnes MinDef dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.
Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi MinDef. Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi. 

Objektif utama DKICT MinDef adalah seperti berikut :

  1. Menghebahkan pendirian pihak pengurusan untuk mendukung pelaksanaan keselamatan ICT;
  2. Menyediakan DKICT MinDef yang komprehensif, sesuai dengan perubahan semasa dan digunapakai oleh semua peringkat pengurusan dan pengguna;
  3. Melindungi kepentingan aset dan pihak yang bergantung kepada sistem ICT daripada kesan kegagalan atau kelemahan dari segi
    kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi, pencerobohan serta mencegah aktiviti
    penyalahgunaan dan kecurian;
  4. Memastikan kelancaran operasi bisnes MinDef dengan mencegah serta meminimumkan kemusnahan dan kerosakan aset ICT; dan
  5. Memberi kesedaran keselamatan ICT kepada warga MinDef dan pembekal.

PERNYATAAN DASAR

Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Kawalan keselamatan adalah proses berterusan secara berkala yang mesti dilakukan untuk menjamin keselamatan.

Untuk penerangan lanjut sila muat turun pdf di bawah:

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Isnin, 27 Mei 2019.