• Bahagian Pembangunan
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Pengurusan Maklumat
  • Bahagian Akaun
  • Bahagian Kewangan
  • Bahagian Perolehan
  • Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
  • Unit Integriti
  • Jabatan Ketua Hakim Peguam
  • Bahagian Undang-Undang
  • Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Am (BADSA)
  • Unit Komunikasi Strategik
  • Bahagian Industri Pertahanan
  • Institut Penyelidikan Sains & Teknologi (STRIDE)
  • Institut Pertahanan & Keselamatan Malaysia (MiDAS)
  • Jabatan Hal Ehwal Veteran
  • Depot Simpanan Pertahanan
    • SEJARAH

      Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lebih dikenali sebagai MAFCA (Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority) adalah satu badan penguasa yang telah ditubuhkan oleh ATM pada 7 April 1981 dan diberikan kuasa melalui Perintah Majlis Angkatan (PMAT) bilangan 9 tahun 1982. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Februari 1983 telah meluluskan supaya ATM menyertai Sistem Kodifikasi NATO dan membuat pertukaran data katalog dengan negara-negara pengguna yang lain. Mulai tarikh 1 Feb 2005 MAFCA telah diletakkan di bawah Sektor Pembangunan, Kementerian Pertahanan (MinDef).

      MAFCA terdiri daripada 5 Bahagian seperti berikut:

      • Bahagian Perkhidmatan
      • Bahagian Rancang, Projek & Latih
      • Bahagian Pengenalan Barang
      • Bahagian Bantuan Teknikal
      • Bahagian Teknologi Maklumat

      MAFCA mula beroperasi pada pertengahan Jun 1981 di Setapak, Kuala Lumpur yang kemudiannya berpindah ke bangunan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), MinDef dan kini di Bangunan MinDef 2.

    • OBJEKTIF

      Objektif utama MAFCA adalah mewujudkan dan membentuk satu bahasa perbekalan bersama (common supply language) berlandaskan Sistem Kodifikasi NATO dikalangan pengguna sistem ini di dalam Negara Malaysia dan di antara negara luar yang mengamalkan sistem ini. Sejak awal penubuhannya lagi fungsi dan tanggungjawab MAFCA telah berubah dari semasa ke semasa terutamanya di abad ke 21 ini. Bermula pada tahun 2006 sebagai Biro Kodifikasi Nasional (National Codification Bureau (NCB)), MAFCA telah diperluaskan fungsi dan tanggungjawabnya melibatkan Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan yang lain.

      Berikut adalah agensi-agensi di bawah tanggungjawab MAFCA:

      • Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
      • Kementerian Kesihatan
      • Kementerian Pertahanan
      • Kementerian Kerja Raya
      • Kementerian Pelajaran
      • Kementerian Kewangan
      • Kementerian Pertanian
      • Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
      • Jabatan Pengairan dan Saliran

      Dengan cara ini dapat membentuk dan menyelaraskan bahasa perbekalan bersama di dalam Sistem Kodifikasi Nasional (SKN). Pengguna bagi sistem katalog ini merupakan elemen yang terpenting di dalam setiap operasi perbekalan peralatan. Sistem katalog dan kodifikasi tidak akan berfungsi dengan baik tanpa kewujudan pengguna. Kategori pengguna katalog ini sifatnya meluas, dimana tidak tertumpu kepada sesuatu pengguna kepada pengguna yang lain sahaja.

    • PERANAN & FUNGSI

      • Pengurusan, pembangunan dan penyeragaman sistem kodifikasi nasional
      • Merancang, memantau serta menyelenggara sistem kodifikasi NATO
      • Mengkoordinasikan pertukaran data-data katalog dengan negara peserta sistem kodifikasi NATO
      • Mengawal selia pendaftaran NATO Commercial and Government Entity (NCAGE) kepada pembekal dan pengilang tempatan
      • Membangunkan serta melaksanakan program latihan berasaskan sistem kodifikasi NATO

      HALA TAJU

      • PENERANGAN berterusan kebaikan dan faedah penggunaan elektronik sistem kodifikasi nasional (eSKN) kepada agensi-agensi dalam dan luar ATM
      • PERINGKAT antarabangsa memberikan kepakaran dan khidmat nasihat mengenai penggunaan dan pelaksanaan National Codification System (NCS) kepada negara-negara jiran yang memerlukan bantuan.
      • PEMBENTUKAN Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) untuk pengurusan perolehan aset kerajaan sebagai format data yang standard.
      • SEBAGAI pusat/agensi unggul dan tunggal di Malaysia untuk khidmat kodifikasi dan kataloging ke arah pencapaian negara Tier 2.
    • Kerajaan telah memberi tanggungjawab kepada ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara untuk menguruskan aset-aset yang melibatkan pembelian kelengkapan ketenteraan, domestik dan sebagainya untuk keperluan logistik di perkhidmatan masing-masing. Pengurusan katalog juga telah menjadi satu fungsi yang amat mustahak bagi pengurusan logistik dan perlu diberi perhatian. Kini ianya telah menjadi nadi utama untuk penyediaan maklumat dan data logistik di dalam ATM.

      SEL KATALOG PERKHIDMATAN

      Ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara, masing-masing mempunyai Sel Katalog sendiri untuk mengimplementasikan sistem katalog ATM di setiap perkhidmatan. Penubuhan sel ini adalah di bawah tanggungjawab perkhidmatan masing-masing melibatkan perjawatan keanggotaan dan pentadbiran. Sel Katalog Perkhidmatan berkenaan memainkan peranan yang tinggi untuk menguruskan katalog untuk asset-aset yang telah dibuat pembelian oleh perkhidmatan masing-masing.

      Lokasi bagi ketiga-tiga Sel Katalog ini adalah seperti berikut:

      • Tentera Darat – 91 Depot Pusat Ordnans, Kem Batu Kentomen, Kuala Lumpur.
      • TLDM – Depot Bekalan Armada, Pangkalan TLDM Lumut.
      • TUDM – Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

      Sistem yang digunapakai oleh ketiga-tiga perkhidmatan tersebut adalah berlainan dan tersendiri yang tidak seragam. Antara sistem-sistem yang digunakan oleh perkhidmatan adalah seperti berikut:

      • Tentera Darat – Computerised Ordnance Depot Inventory Management System (CODIMS)
      • Tentera Laut – Sistem Pengurusan Inventori Armada (SPIA)
      • Tentera Udara – Sistem Pengurusan Komputer Bersepadu (SPKB)

      Untuk mencapai matlamat NSN, setiap perkhidmatan perlu mengamalkan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh NCS. MAFCA ditubuhkan bagi mengatasi masalah tersebut dengan objektifnya adalah memastikan:
      SATU BARANG BEKALAN – SATU NOMBOR PENGENALAN
      SATU NOMBOR PERKHIDMATAN – SATU BARANG

      PERANAN

      Ketiga-tiga sel katalog perkhidmatan telah dipertanggungjawab untuk memainkan peranan penting sebagai pentadbir bagi membantu unit di bawah pentadbiran masing-masing. Antara peranan Sel Katalog Perkhidmatan adalah seperti berikut:

      • Mengamalkan sistem katalog mengikut kaedah yang ditetapkan oleh NCS. Setiap pembelian barangan alat ganti dan sebagainya, Sel Katalog Perkhidmatan perlu memastikan alatan tersebut hendaklah diberu NSB dan dimasukkan di dalam sistem bagi memudahkan pencarian dan dapat di kawalselia oleh unit masing-masing.
      • Mengekalkan sumber-sumber rujukan. Sel –Sel Katalog Perkhidmatan adalah pusat rujukan oleh unit-unit di bawah perkhidmatan masing-masing. Sel Katalog Perkhidmatan pula menjadikan MAFCA sebagai tempat rujukan untuk memenuhi maklumat berkenaan katalog dan NSN.
      • Menjadi agensi penghubung antara Sel Katalog Perkhidmatan dengan MAFCA bagi segala urusan berkaitan dengan katalog.
    • KEPENTINGAN KATALOG DI DALAM ATM

      • Keseragaman
        Sebelum ini, di dalam ATM kebanyakan peralatan yang sama telah diberikan pelbagai nombor pengenalan dan nombor rujukan berdasarkan katalog yang dikeluarkan oleh pengilang dan pembekal. Namun, dengan adanya sistem kodifikasi yang menggunakan bahasa perbekalan bersama, ianya akan membantu menyeragamkan barang yang sama dengan satu nombor yang sama. Ini akan memudahkan alat perbekalan terutamanya berkaitan pengurusan logistik pertahanan diseragamkan.Sistem ini juga merupakan satu sistem pengumpulan maklumat dan memberi perkhidmatan bagi sesuatu materiel. Misi, objektif dan tujuannya adalah untuk mendapat, mengesah, merekod dan menyediakan kepada pihak pengurusan tertinggi yang jarang diperolehi atau sedia ada.

      • Sumber Maklumat
        MAFCA kini telah menjadi negara bertaraf TIER 2 dalam sistem kodifikasi ini, justeru, ATM secara tidak langsung telah menikmati kepentingan ini apabila usaha pihak MAFCA telah berhasil menaik taraf dari TIER 1 kepada TIER 2 pada 1 Dis 2010. Ini kerana apabila negara Malaysia telah berjaya mencapai taraf TIER 2, ini akan membolehkan kita mempunyai semua kelebihan dan kebenaran-kebenaran seperti yang dikecapi oleh negara pakatan NATO. Antaranya adalah, memperolehi sumber maklumat keupayaan teknikal, kod-kod pembekal dan pengilang malahan dengan tercapainya penyertaan Malaysia kepada TIER 2 akan membolehkan ATM menjadi sebahagian daripadanya yang mempunyai data NSNnya sendiri dan boleh dimuat naik ke dalam NMCRL.

      • Memudahkan Komunikasi
        NCS telah mewujudkan satu bahasa yang seragam yang digunapakai oleh negara-negara NATO dan juga negara yang menyertai sistem ini. Jika sistem ini menggunakan satu bahasa yang berlainan, maka tidak wajar dan tidak sesuai kerana negara yang menyertai sistem ini terdiri daripada berbilang bahasa. Penggunaan bahasa yang sama akan memudahkan dialog teknikal di antara satu pihak dengan pihak yang lain termasuk ATM.

      • Kawalan Stok
        Pengurusan stok adalah proses merancang, melaksanakan dan mengawal pengstoran dan pergerakan barang-barang, perkhidmatan serta maklumat dari tempat asalnya hingga ke tempat digunakan dengan efisien dan efektif bagi memenuhi keperluan pelanggan. Antara faedah-faedah yang diperolehi daripada sistem ini dalam aspek pengstoran adalah dari segi pengurusan data rekod, data stor di mana barang-barang atau alatan akan dikodifikasikan. Selain itu, katalog juga berupaya memberi maklumat stok dengan tepat dan cepat bagi memastikan perancangan, operasi dan kawalan ke atas aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan.
        Dalam pada itu juga, pengurusan aktiviti stor akan menjadi lebih telus dengan pelaksanaan katalog dan kodifikasi di mana penggunaannya akan membolehkan barang-barang atau alatan yang telah mempunyai nombor bahagian sama ada MSN atau NSN adalah tepat seperti spesifikasi bentuk fizikal barang-barang atau alatan berkenaan. Proses permohonan, pengeluaran dan penerimaan barang atau alatan lebih efisien kerana permohonan daripada pengguna dapat diproses dengan lebih cepat, pengeluaran barang dicatat dalam lejar barang dan kad kawalan stok. Ianya juga akan memastikan proses penerimaan barang yang menepati spesifikasi yang ditetapkan dan dikehendaki oleh pengguna.

      • Mengurangkan Kos Perbelanjaan Perolehan
        ATM melalui Kementerian Pertahanan merupakan satu kementerian yang paling banyak membuat perolehan dan menerima pelbagai sistem persenjataan dan peralatan untuk negara melalui perjanjian kontrak melibatkan pembekal tempatan ataupun pembekal luar negara.
        Kebanyakan kontrak perolehan bukan sahaja untuk tujuan pembelian satu sistem utama tetapi ianya juga melibatkan pembelian peralatan tambahan dan alat ganti sokongan bagi sistem berkenaan. Oleh yang demikian, strategi bagi memastikan supaya semua perolehan dan pembelian sistem persenjataan dan pertahanan ataupun perkhidmatan mendapat bantuan dan sokongan yang berterusan di sepanjang tempoh hayat penggunaannya di dalam ATM. Dengan itu adalah wajar sistem utama berkenaan bersama-sama dengan pakej peralatan tambahan dan alat gantinya dikodifikasikan sebelaum diterima masuk ke dalam sistem inbentori ATM. Proses mengkatalog dan mengkodifikasi boleh melibatkan kos yang tinggi dan perhatian hendaklah diambil supaya hanya peralatan komponen dan alat ganti yang bakal dibeli sama ada sebagai end terms atau alatan inbentori untuk simpanan stok melalui proses ini.

      • Mengelak Pembaziran
        Perbelanjaan perlu di uruskan dengan baik supaya pembelian barangan boleh dibuat penjimatan. Ianya dibuat bagi mengelakkan barang yang dibuat pembelian tidak sama dengan barang yang dibuat penghantaran dan harga barangan yang dibuat pembelian mahal disebabkan tiada pilihan untuk dibuat rujukan.

      • Menggunakan Teknologi (ICT) Dengan Lebih Optima
        NCS kini ke arah menjadikannya sebagai satu standard sejagat untuk kodifikasi seperti yang dilihat melalui perkembangan dan peningkatan bilangan negara-negara seluruh dunia yang menyertai NCS setiap tahun. Dengan ciri-cirinya yang anjal dan dinamik, NCS dapat berkembang pesat hampir selaras dengan teknologi dan kehendak pengurusan semasa.
        Melalui NCS, satu pusat laluan telah diwujudkan iaitu NATO Mailbox System (NMBS) bagi proses transaksi pelbagai data-data katalog secara elektronik antara pelanggan-pelanggan. Sistem ini juga dikenali sebagai NATO Data Exchange (NADEX) yang berfungsi secara langsung antara negara-negara pengguna melalui Biro Kodifikasi Nasional (BKN). Melalui pusat perhubungan ini, ATM dapat berkongsi untuk pertukaran data dengan lebih optima dan pada masa yang sama dapat mengurangkan menipulasi data dan masa pengoperasian yang diperlukan.
    • PENGENALAN

      Federal Stock Number (FSN) adalah kod angka 11 digit. Ia mula-mula digunakan oleh Agensi Pengkatalogan Dewan Perisikan Pertahanan pada tahun 1949 untuk mengenal pasti item dalam Sistem Katalog Angkatan Tentera Bersama. Pada 7 Julai 1952 Undang-undang Awam 82-436 (Akta Pengkatalogan dan Standardisasi) telah diluluskan oleh sesi kedua Kongres ke-82. Ia membenarkan FSN menggantikan Ammunition Identification Code (AIC) dan Ordnance Stock Number (OSN). FSN digunakan secara rasmi dari 1953 hingga 1974, apabila ia digantikan oleh NSN. Penukaran dari FSN ke NSN lazimnya dilakukan dengan menambah "00" di antara set nombor pertama (Federal Supply Class atau FSC) dan set kedua nombor.

      FSN -----> NSN
      6625-410-0214 -----> 6625 -00 - 410- 0214
      3139-121-6210 -----> 3139 - 00 - 121 - 6210

      NSN terdiri daripada 13 digit yang mana 4 digit awal mewakili NATO Supply Classification Code 4 digit pertama adalah NATO Supply Classification Code (NSC atau FSC) dan saling berhubung kait dengan pengenalan barang dari kelas dan kumpulan yang sama. Manakala 2 digit berikutnya adalah mewakili kod Negara NCB yang mengkodifikasikan alatan berkenaan (Rujuk Appendik A) dan 7 digit seterusnya tidak memberi sebarang makna tetapi diberi dan dikawal selia oleh NCB itu sendiri. Secara ringkasnya:

      • 4 digit awal dipanggil kod FSC, yang mana menentukan pertalian kepada dan perbezaan antara barang perbekalan yang lain.
      • Baki 9 digit seterusnya di panggil NIIN, yang menetapkan pengenalan sesuatu barang perbekalan sama seperti no tentera di dalam ATM yang di khaskan untuk mewakili seorang anggota tentera di dalam ATM.

      STRUKTUR NSN

      Struktur NSN adalah seperti berikut.

      1. Federal Supplu Classification Group (FSCG)
      2. NATO Item Identification Nmber (NIIN)
      3. Federal supply Group (FSG)
      4. Federal Supply Class (FSC)
      5. NATO Codification Bereau (NCB)
      6. Item Identification Number (IIN)
      7. Nato Stock Number (NSN)

      KEBAIKAN NSN

      Penggunaan NSN mempunyai kebaikan-kebaikan berikut:

      1. Keupayaan Penyesuaian (Adaptibility) – Dapat memenuhi pelbagai kehendak logistik daripada peringkat rekabentuk dan pembangunan sehingga pelupusan.
      2. Kesesuaian (Compatibility) – NSN dapat digunakan di dalam pelbagai sistem manual dan automatik.
      3. Mengembang (Expandibility) – NSN dapat digunakan sehingga 99 buah negara (Kod-kod NCB), Perangkaan sehingga 9,999,999 NSN boleh diberikan untuk setiap kod NCB.
      4. Memudahkan (Simplicity) – NSN boleh diguna tanpa modifikasi ke atas sistem pengenalan barang. Penggunaannya adalah mudah dan senang untuk diselenggarakan.
      5. Kestabilan (Stability) – Segmen NIIN tetap bersama dengan setiap satu IOS di sepanjang kewujudannya walaupun berlaku pertukaran dalam FSC.
      6. Keseragaman (Uniformity) – NSN adalah seragam di dalam panjang (13 digit), komposisi, struktur dan penggunaannya.
      7. Keunikan (Uniqueness) – Semua pengguna mudah mengenali NSN.
    • KOD PENGILANG NCAGE

      Untuk pengenalan suatu pengilang atau pembekal nombor pengenalan barang NCS menggunakan sistem kod yang dipanggil “Commercial and Government Entity (CAGE) Code”. Kod Pengilang ini berbentuk sama ada lima angka, contohnya 12345 atau gabungan huruf dan empat angka, contoh Y1234. Kod CAGE adalah diberikan kepada organisasi-organisasi yang mengeluar atau mengawal rekabentuk barang buatan di dalam Amerika Syarikat sahaja manakala NCAGE (NATO CAGE) pula untuk barang yang dikeluarkan oleh organisasi di luar Amerika Syarikat, iaitu khas kepada Negara NATO dan Negara bukan NATO.

      Kod ini disediakan untuk memudahkan kita mengenali pengilang-pengilang yang terdapat di dalam rekod kota. Kod-kod ini juga akan dirujuk disilangkan kepada nama dan alamat pengilang tersebut. Beberapa perkara perlulah diambil kira di dalam proses pemberian Kod Pengilang kepada pengilang-pengilang tertentu iaitu:

      • Pengilang tersebut membekal barang-barang keluarannya kepada pengguna (iaitu ATM). Tidak ada gunanya kita memberi Kod Pengilang kepada pengilang yang tidak membekal barang-barang keluarannya kepada pengguna.
      • Kod Pengilang tidak akan diberi kepada penjaja agensi atau mana-mana badan yang menjadi orang tengah kecuali bagi badan-badan yang menjadi sumber untuk mendapatkan barang bekalan.
      • Kod Pengilang diberi kepada badan-badan yang mengawal ciri-ciri reka bentuk barang perbekalan. Kod ini juga diberi kepada pengilang yang menggunakan barang-barang atau komponen-komponen dari pengilang yang lain bagi mengeluarkan barang-barang yang lebih kompleks.

      Berikut adalah sebahagian daripada senarai Kod-kod Pengilang untuk Negara-negara NATO dan pengguna NCS:

      a Argentina - W
      b Australia - Z
      c Belgium - B
      d Kanada - Angka
      e Denmark - R
      f Perancis - F dan M
      g Jerman - C dan D
      h Greece - G
      i Itali - A
      j Organisasi NATO - S
      k Belanda - H
      l New Zealand - E
      m Norway - N
      n Portugal - P
      o Singapura - Q
      p Afrika Selatan - V
      r Turki - T
      s United Kingdom - U & K
      t Amerika Syarikat - Angka
      u Malaysia - Y

      Negara-negara yang tidak menyertai NCS dengan sepenuhnya tidak berhak memberi Kod Pengilang kepada pengilang-pengilang di dalam negara mereka masing-masing. NSPA telah dipertanggungjawabkan untuk memberikan Kod Pengilang kepada semua pengilang-pengilang yang di luar lingkungan negara NATO atau Negara yang tidak menyertai NCS. Kod Pengilang ini akan bermula dengan huruf ‘S’(S-CAGE).

      JENIS KOD NCAGE

      Jenis kod NCAGE digunakan untuk menentukan sifat global aktiviti syarikat atau organisasi. Data Jenis juga dikenali sebagai Jenis Kod Entiti Organisasi (TYPE O.E. CODE). Senarai lengkap Jenis NCAGE (TOEC) boleh didapati di ACodP-1.

      Jenis Kod (Type Code) Penerangan / Explantion
      A US/Canada Manufacturers
      C Civilian/governmental (non Military) Standards Organisations
      D Non-US manufacturers which allocate source control reference (France Only)
      E Non-US manufacturers
      F Non manufacturers (distributors)
      G Service providers
      H Government departments or units (including military organisations)
      I AC/135 allocated special codes
      M Military Standards and Organisations

      Sekiranya agensi itu adalah pengeluar, pengedar dan atau pembekal perkhidmatan, kod jenis ditetapkan berdasarkan aktiviti utama agensi.

      Aktiviti utama dalam Prinsip Pengenalan Kodifikasi NATO adalah memberi pengiktirafan tertinggi kepada aktiviti 'pembuatan' yang mana menguasai aktiviti pengedaran seterusnya menerajui aktiviti penyedia perkhidmatan. Contoh aktiviti seperti jadual di bawah

      Aktiviti
      Manufacturer
      Non-Manufacturer Service Provider NCAGE Type Code assigned
      yes yes - A or E
      yes - yes A or E
      yes yes yes A or E
      - yes yes F
    • NATO DATA EXCHANGE / PERTUKARAN DATA NATO (NADEX)

      NSPA telah dilantik oleh kumpulan AC/135 sebagai satu pusat laluan untuk pelbagai transaksi data-data katalog secara elektronik antara pelanggan-pelanggan melalui penggunaan sistem NMBS. Sistem ini yang juga dikenali sebagai NADEX (NATO Data Exchange) yang mula berfungsi pada tahun 1990 secara langsung antara negara-negara pengguna melalui NCB.

      Satu pusat laluan telah diwujudkan iaitu NATO Mailbox System (NMBS) bagi proses transaksi pelbagai data-data katalog secara elektronik antara pelanggan-pelanggan. Sistem ini juga dikenali sebagai NATO Data Exchange (NADEX) yang berfungsi secara langsung antara negara-negara pengguna melalui Biro Kodifikasi Nasional (BKN). Melalui pusat perhubungan ini, ATM dapat berkongsi untuk pertukaran data dengan lebih optima dan pada masa yang sama dapat mengurangkan manipulasi data dan masa pengoperasian yang diperlukan.

      Secara ringkasnya, NMBS dapat menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

      • Pusat perhubungan (point of contact) untuk pertukaran data. Ini dapat mengurangkan manipulasi data dan masa pengoperasian yang diperlukan untuk pelbagai hubungan dua hala dan perjanjian di antara negara-negara pengguna.
      • Keanjalan (Flexible) dan infrastruktur NSPA yang sedia ada adalah merangkumi perisian (software) dan perkakasan (hardware) serta peningkatan teknologi masa depan membolehkan NSPA dapat mendukung penggunaan pelbagai sistem dan ‘platform’. Tambahan lagi, pengalaman besar NSPA, kepakarannya dalam pemasangan dan pengoperasian teknologi baru, memberi manfaat langsung kepada semua pelanggan untuk pengoperasian di masa hadapan.
      • Pemusatan perisian dan perkakasan dengan pelbagai aktiviti perhubungan yang pratakrif (predefined) membolehkan peningkatan dibuat ke atas beberapa fasilitas komunikasi pelanggan-pelanggan tanpa kekangan akibat daripada perisian dan perkakasan pelanggan.
      • Pelbagai pertukaran protokol boleh dikendalikan oleh NMBS.
      • Hubungan istimewa dengan rangkaian Department of Defense (DoD), Amerika Syarikat telah dapat mengurangkan kos dan mewujudkan data trafik yang mantap.
  • Urusetia Majlis Angkatan Tentera (UMAT)
  • MINDEF Sabah
  • MINDEF Sarawak