Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:-

  • MENGURUSKAN PERTAHANAN NEGARA DENGAN CEKAP DAN BERKESAN SUPAYA KEPENTINGAN STRATEGIK, KEDAULATAN DAN KEUTUHAN NEGARA SENTIASA TERJAMIN

    1.1 PENGURUSAN DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK

    1.1.1 Menyediakan nota percakapan dan ikhtisar pertahanan untuk dimajukan ke Kementerian/ Agensi/ Organisasi Antarabangsa/ Organisasi Tempatan yang berkaitan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh permohonan lengkap diterima.

    1.1.2 Memajukan draf nota bantahan diplomatik dalam tempoh dua (2) hari bekerja mulai tarikh penerimaan laporan yang lengkap kepada Kementerian Luar Negeri.

    1.1.3 Memberi pandangan kepada Kementerian Luar Negeri mengenai permohonan untuk kelulusan diplomatik bagi pesawat-pesawat dan kapal-kapal tentera asing dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

    1.1.4 Jawapan kepada pertanyaan jawab lisan Parlimen disiapkan dan dimajukan ke Pejabat Menteri atau Timbalan Menteri selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum tarikh menjawab di Parlimen.

    1.2 PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTAHANAN (BIP)

    1.2.1 Menganjurkan sekurang-kurangnya 3 program setahun berkaitan industri pertahanan dan keselamatan seperti penyertaan pameran pertahanan tempatan dan antarabangsa, seminar serta bengkel industri.

    1.2.2 Menyediakan surat kelulusan credit offset (credit claim) dalam tempoh 2 minggu setelah dokumen lengkap diterima dan diperakui oleh beneficiary.

    1.2.3 Mengkoordinasikan aktiviti/penyertaan syarikat industri pertahanan ke pameran pertahanan antarabangsa empat (4) bulan sebelum pameran berlangsung.

     1.3 PENYELIDIKAN PERTAHANAN DAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL (STRIDE)

    1.3.1 Permohonan penyelidikan, penyiasatan dan kajian berkaitan teknologi pertahanan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan.

    1.3.2 Menyelesaikan pengujian dan mengeluarkan laporan dalam tempoh tidak melebihi:
             (i) 1 bulan dari tarikh permohonan untuk item bukan tender perolehan; dan
             (ii) 3 bulan dari tarikh permohonan  untuk item tender perolehan.

    1.3.3 Pengesahan Spesifikasi Perolehan Pertahanan
           (i)   Melaksanakan pengesahan Spesifikasi Perolehan Pertahanan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan dari
                  tarikh permohonan untuk spesifikasi yang lengkap; dan
           (ii)   Mengeluarkan Sijil Spesifikasi Perolehan Pertahanan dalam tempoh tidak melebihi 3 hari.


     1.4 PENGAUDITAN (BADSA)

    1.4.1 Mengeluarkan Pemerhatian Audit terhadap Pengauditan Prestasi yang bebas dan seimbang dalam tempoh 30 hari selepas pengauditan selesai dilaksanakan.

    1.4.2 Melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan secara manual pada tahun semasa berdasarkan pusingan 3 tahun sekali terhadap 106 Pusat Tanggungjawab (PTJ).

    1.4.3 Menyediakan dan mengemukakan Pemerhatian Audit bagi Pengauditan Pengurusan Kewangan kepada Auditi dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh pengauditan selesai dijalankan.

    1.4.4 Melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan secara On-Line terhadap sekurang-kurangnya 100 Pusat Tanggungjawab (PTJ).

    1.5 PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN (UKK)

    1.5.1 Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan aduan.

    1.5.2 Memberikan maklumbalas tentang status aduan yang diambil tindakan sama ada telah selesai atau memerlukan siasatan lanjut dalam tempoh 15 hari berkerja dari tarikh penerimaan aduan.

  • MELAYANI DENGAN PENUH ILTIZAM SEGALA KEPERLUAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DALAM PEMBANGUNAN KEUPAYAAN DAN KESIAPSIAGAAN

    2.1 PENGURUSAN PEROLEHAN KELENGKAPAN DAN PERKHIDMATAN

    2.1.1 Segala proses perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan Kementerian Pertahanan bermula dari tarikh ia dipersetujui oleh Jawatankuasa Penapisan Perolehan (JKPP) Kementerian Pertahanan sehingga Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh masa seperti berikut:

    Bil Kaedah Perolehan Jenis Perolehan Kaedah Penilaian Tempoh Masa (Hari Bekerja)
    1 Sebut Harga - Harga 55
    Harga dan Teknikal 65 (tidak termasuk tempoh laporan dari STRIDE)
    2 Tender Terbuka dan Terhad Harga 70
    Harga dan Teknikal 80 (tidak termasuk tempoh laporan dari STRIDE)
    Antarabangsa Harga 177
    Harga dan Teknikal 267

    2.1.2 Semua kontrak bekalan dan perkhidmatan akan diperbaharui dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum kontrak semasa tamat tertakluk kepada permohonan lengkap diterima dari pihak pengguna 6 bulan sebelum kontrak tamat.

    2.1.3 Perolehan di bawah peruntukan ’Dasar Baharu’ dan ’One-Off’ akan diproses dalam tempoh tahun semasa tertakluk kepada penerimaan permohonan sebelum 31 Mac tahun semasa.

    2.2 PENGURUSAN PROJEK INFRASTRUKTUR (PEMBANGUNAN)

    2.2.1    Proses pengurusan tender atau sebutharga bagi kontrak kerja daripada tarikh tender atau sebutharga ditutup sehingga tarikh Surat Setuju Terima (SST/LOA) hendaklah dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti berikut:

    Bil Kaedah Perolehan Tempoh Masa
    1 Sebut Harga 60 hari
    2 Tender 90 hari

    2.2.2 Dokumen kontrak disediakan untuk ditandatangani dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pengeluaran surat tawaran.

     

  • MELAYANI DENGAN PENUH ILTIZAM SEGALA KEPERLUAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KEWANGAN DAN ICT

    3.1 PENGURUSAN KEWANGAN

    3.1.1 Semua program menerima Waran Peruntukan Am (WPA) dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan waran daripada Perbendaharaan melalui Pegawai Pengawal.

    3.1.2 Permohonan kelulusan kewangan diproses dan  diputuskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

    3.2 PENGURUSAN BAYARAN (AKAUN)

    3.2.1 Memastikan semua bil bayaran  dijelaskan dalam tempoh 14  hari dari  tarikh   bil lengkap diterima.

    3.2.2 Memproses gaji penjawat awam dan menghantar maklumat gaji   ke bank  3  hari bekerja sebelum tarikh gaji bagi memastikan pembayaran gaji dibuat kepada penjawat awam pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

    3.2.3 Mengakaunkan terimaan dan mengeluarkan resit rasmi kepada pembayar dalam tempoh 1 hari bekerja.

    3.2.4 Melakukan naziran ke atas semua PTJ eSPKB di Lembah Klang sekurang-kurangnya sekali setahun bagi setiap PTJ.

    3.3 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM)

    3.3.1 Cadangan penambahbaikan dan permohonan elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan serta faedah persaraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikaji dan dipertimbangkan untuk dikemukakan ke Agensi Pusat dalam tempoh:

    i) dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh cadangan lengkap diterima bagi cadangan yang kompleks; dan

    ii) tujuh (7) hari bekerja dari tarikh cadangan lengkap diterima bagi cadangan yang tidak kompleks.

    3.3.2 Dokumen persaraan yang lengkap dikemukakan kepada JPA tidak lewat daripada empat (4) bulan sebelum tarikh persaraan.

    3.3.3 Sesi intervensi kaunseling dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.

    3.4 PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN  ICT (BPM)

    3.4.1 Memastikan rangkaian dan sistem aplikasi mencapai tahap ketersediaan capaian tidak kurang 99%  sepanjang tempoh waktu bekerja dalam operasi normal.

    3.4.2 Menyelesaikan 100% insiden keselamatan ICT dalam tempoh 24 jam.

    {phocadownload view=category|id=125|text=Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan 2014|target=s}

CetakEmel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hak Cipta @ 2017 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input

×
Kaji Selidik Portal MinDef

 

 

 

 

 

 

 

Klik untuk selanjutnya