FAQ

FAQs - Kementerian
Sebarang permohonan untuk menjalani latihan industri di Kementerian Pertahanan bolehlah disalurkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan Tingkat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634, KUALA LUMPUR.
Kementerian Pertahanan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk sumbangan / tajaan bagi mana-mana pihak.

Semenjak tahun 2010, Angkatan Tentera Malaysia serta Kementerian Pertahanan Malaysia tidak lagi menawarkan skim biasiswa.

‘Khidmat Negara’ merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Maklumat berkenaan Jabatan seperti alamat dan nombor telefon Jabatan, Bahagian-bahagian yang beroperasi di Jabatan, visi, misi dan fungsi Jabatan, piagam pelanggan, pelan strategik Jabatan, aktiviti Jabatan, direktori pegawai, takwim Jabatan, maklumat tender dan sebut harga dan juga maklumat kerjaya di JLKN.

Maklumat berkenaan PLKN seperti objektif PLKN, Akta Latihan Khidmat Negara, modul latihan, fasiliti latihan, syarat permohonan penangguhan dan pengecualian, takwim pelatih dan senarai kem beserta alamat, nombor telefon dan map kem.

Memuat turun borang-borang berkaitan seperti borang permohonan penangguhan, borang permohonan pengecualian, borang permohonan kemasukan semula, borang latihan pengendalian senjata, borang permohonan kerjaya dan lain-lain

Pengumuman-pengumuman terkini

Membuat semakan sama ada terpilih menjalani PLKN dan semakan penempatan pelatih di kem-kem PLKN

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan, pengunjung bolehlah mendapatkan gambaran keseluruhan laman web ini dengan membuka Peta Laman. Senarai kandungan laman akan dipaparkan dan seterusnya pengunjung dapat mengenal pasti kedudukan topik/tajuk bagi maklumat yang dicari. Selain itu, pengguna juga boleh mencari maklumat dengan menggunakan enjin carian laman web ini yang terletak di sebelah kanan banner utama laman web ini.

Kerajaan akan meminimakan kesan gangguan ke atas sistem pendidikan negara. Dalam kes PLKN ini Kementerian Pendidikan telah menyelaraskan kemasukan pelajar ke kelas matrikulasi, tingkatan enam dan IPTA. Namun begitu, jika terdapat kes-kes yang melayakkan penangguhan ianya akan dipertimbangkan mengikut paraturan Akta Latihan Khidmat Negara yang membenarkan penangguhan atas alasan melanjutkan pelajaran. Dengan yang demikian PLKN akan cuba meminimakan penjejasan kepada peluang peserta untuk melanjutkan pelajaran.

Mengikut Subseksyen 4(1), hanya terdapat sepuluh (10) kategori orang yang boleh dikecualikan dari menghadiri program ini iaitu:

  1. Orang yang bercelaru mental
  2. Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal.
  3. Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
  4. Orang yang menjalani tahanan.
  5. Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan.
  6. Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
  7. Orang yang menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
  8. Orang yang menghidapi penyakit berjangkit (penyakit membawa maut)
  9. Orang yang mengikuti program sepenuh masa di Institusi Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia
  10. Wanita yang mempunyai anak kandung.

Walaupun demikian pemohon/penjaga perlu membuat permohonan untuk pengecualian kepada JLKN dengan menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan.

Mengikut Seksyen 20 Akta Latihan Khidmat Negara penangguhan hanya akan diberikan kepada mereka yang termasuk dalam golongan-golongan berikut:

  1. Yang menduduki peperiksaan penting di bawah Akta Pendidikan.
  2. Mereka yang sedang menuntut di dalam sistem persekolahan di dalam atau di luar negara.
  3. Mereka yang mengalamai kesusahan luar biasa mengikut keadaan tertentu.

Peserta dikehendaki memohon penangguhan dengan menggunakan borang yang boleh didapati di JLKN atau di muatturun dari laman web www.khidmatnegara.gov.my . Kesemua kes ini tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa.

Penempatan peserta di buat secara rambang selaras dengan objektif program. Walau bagaimanapun JLKN akan mempertimbangkan permohonan untuk menukar lokasi latihan berasaskan masalah kesihatan. Pemohon perlu memajukan permohonan/rayuan dengan menulis kepada JLKN beserta dokumen sokongan untuk pertimbangan.

Kesemua peserta PLKN dilindungi oleh insuran berkelompok semasa latihan. Tempat-tempat dan peralatan latihan juga adalah selamat mengikut spesifikasi yang di iktiraf. Aspek disiplin jurulatih dan peserta adalah diberi keutamaan.