FAQ

FAQs - Angkatan Tentera Malaysia
Untuk menyemak status SVTB1M boleh di semak melalui laman web Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di www.jhev.gov.my atau mana-mana cawangan JHEV yang berdekatan dengan anda.
Pengambilan anggota rekrut dengan diploma kejururawatan dibuka dua kali setahun iaitu pada bulan April dan September setiap tahun. Iklan temuduga terbuka akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Pemohon yang berminat bolehlah hadir ke pusat-pusat temuduga yang berhampiran dengan tempat pemohon.

Mulai tahun 2010 tiada lagi pengambilan kadet ke Kolej Tentera Darat. Kemasukan pegawai adalah melalui dua cara sahaja iaitu bagi lepasan SPM adalah melalui Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Manakala bagi lepasan ijazah pula adalah melalui Pegawai Kadet Graduan. Kelayakan minimum yang diperlukan bagi pegawai adalah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam jurusan yang akan ditentukan oleh perkhidmatan Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Mulai 1 Mac 2013, pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat telah dilaksanakan secara online melalui laman web JobsMalaysia dengan menggunakan alamat url seperti berikut www.jobsmalaysia.gov.my.

Setiap calon yang memohon akan dimaklumkan melalui surat sama ada lulus atau gagal.  
Bagi calon tentera darat, calon boleh membuat semakan melalui internet. Mohon ke link berikut untuk rujukan/semakan: http://army.mod.gov.my (Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia). Harap Maklum.

Iklan bagi pemilihan awal perajurit muda akan disiarkan di Portal Kementerian Pertahanan http://www.mod.gov.my di bahagian jawatan kosong, Laman Web Angkatan Tentera Malaysia, Laman Web  http://www.jobmalaysia.gov.my dan juga boleh disemak di akhbar-akhbar tempatan. Harap maklum.

Syarat-syarat untuk menjadi anggota kerahan:

- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 29 tahun
- Sihat tubuh badan
- Mestilah mempuyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus 4 subjek termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
-Tempoh permulaan perkhidmatan adalah 5 tahun.

Kelayakan akademik
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu Subjek Sains dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris,

 

atau

 

2. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Matematik, salah satu subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM.

 

Lain-Lain Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.

 

- Penglihatan dan pengecaman warna yang baik.
- Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.
- Syarat minima ukuran fizikal:

Tinggi     -  1.62 M

Untuk makluman, demi kebaikan generasi akan datang SPPTD masih lagi dalam proses menaik taraf dari Sekolah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Jika dahulu penuntut akan keluar dengan SPVM, tetapi bilamana perkara tersebut direalisasikan, setiap penuntut akan keluar dengan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (Setaraf Diploma). Maka pengambilan penuntut berkelulusan PMR telah dimansuhkan.

Untuk makluman, antara syarat minima untuk menjadi putera di Maktab Tentera Diraja adalah keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains). Harap Maklum.