BERITA TERKINI
LANGKAWI, 27 Mei 2023 - LIMA 2023 telah melabuhkan tirainya dan ia telah menarik seramai 250,000 pengunjung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).
LANGKAWI, 25 Mei 2023 – Kementerian Pertahanan Malaysia telah menandatangani 43 dokumen Kontrak, Memorandum Persefahaman (MOU), Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Niat yang bernilai RM10.128 billion dengan disaksikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023).
LANGKAWI, 26 Mei 2023 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan menghadiri Fleet Cultural dan Food Festival Night sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Resort World Langkawi.
LANGKAWI, 24 Mei 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli berangkat melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Turut berangkat bersama baginda Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
LANGKAWI, 25 MEI 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mencemar duli bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian diantara SKS Airways, Azzora Aviation Holdings dan Embraer Commercial Aviation. Turut mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.
LANGKAWI, 24 MEI 2023 – Seramai 25 pelajar dan guru dari Sek Men Keb Tunku Putra Langkawi telah dijemput menghadiri Program Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan (Research & Development, R&D) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari di Pavilion MINDEF, Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC).