Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

MELAKA, 28 September 2022 - Kementerian Pertahanan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memuktamadkan beberapa inisiatif dalam menambahbaik aspek pendidikan ATM khususnya melibatkan anak-anak warga pertahanan.

Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan lawatan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak hari ini. Menerusi lawatan ini, ianya salah satu usaha dalam memperkasakan inisiatif pendidikan ATM dan secara langsung menyokong Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025 yang memberi fokus kepada kebajikan pendidikan anak-anak warga pertahanan.

Antara inisiatif pendidikan ATM adalah Program Dermasiswa Premium iaitu menerusi program ini, anak warga ATM dan Veteran ATM yang berjaya mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian ljazah Pertama di universiti yang berada di ranking 100 terbaik dunia akan menerima insentif RM5,000 secara one-off.

Selain itu, Kementerian Pertahanan akan meneliti perancangan dalam menambahbaik inisiatif Feri Sekolah bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan anak-anak warga pertahanan yang bersekolah di Sekolah Dalam Kem (SDK).

Kementerian Pertahanan dan ATM akan terus komited membantu anak-anak warga pertahanan mendapat perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan akan turut memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak warga pertahanan terus berkesinambungan.

Turut serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.