Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 29 September 2022 - Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) merupakan badan tertinggi Veteran bagi mengurus dan menetapkan agenda kebajikan, keperluan serta masa depan Veteran ATM.

Hari ini Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) dalam usaha pengstrukturan semula agar ianya lebih berfokus dan realistik khususnya dalam mendepani keperluan serta isu-isu semasa para Veteran ATM.

Antara tumpuan utama di dalam mesyuarat tersebut adalah perihal kebajikan Veteran ATM dan ahli keluarga, memperhalusi isu-isu berbangkit mengenai JHEV serta perkembangan penyaluran bantuan daripada Kerajaan khusus kepada Veteran ATM.

Kerjasama rapat antara beberapa Kementerian dan Kerajaan Negeri turut dibincangkan di mana bakal memberi manfaat kepada Veteran ATM meliputi aspek kesihatan, kebajikan dan perumahan.