KUALA LUMPUR, 16 Januari 2023 - Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 secara rasminya bakal menemui para pengunjung pada 23 Mei hingga 27 Mei 2023 ini.
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dan Menteri Pengangkutan, YB Tuan Anthony Loke Siew Fook telah merasmikan secara bersama LIMA 2023 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
LIMA 2023 antara pameran yang terbesar dijangka pada tahun ini dengan penglibatan 600 pempamer daripada 30 negara. Ianya juga menjadi platform terbaik dalam kerjasama strategik terutamanya diplomasi pertahanan dari serata negara.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima-Panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan MINDEF dan ATM.