Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2023

SINGAPURA, 3 Jun 2023 - Hari kedua SLD2023, Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan telah menghadiri sesi mesyuarat tidak formal beserta sarapan pagi bersama dengan Menteri-Menteri Pertahanan negara Five Power Defence Arrangement (FPDA).

Kehadiran beliau ke sesi ini menunjukkan komitmen Malaysia terhadap FPDA dan mengeratkan lagi persahabatan Malaysia dengan negara-negara FPDA yang telah terjalin sejak 52 tahun yang lalu.

Beliau turut menghadiri sesi plenari yang bertajuk United States’ Leadership In The Indo-Pacific yang disampaikan oleh Lloyd J Austin III, Secretary of Defense, US.

Selain menghadiri sesi plenari, beliau juga telah mengadakan pertemuan dua hala dengan TYT Li Shangfu, Minister of Defence China, TYT Teo Chee Hean, Senior Minister and Coordinating Minister for National Security, TYT Kasja Ollongren, Minister of Defence Netherlands dan TYT Lloyd James Austin III, Secretary of Defence.

Pada malam harinya, beliau akan menghadirkan diri ke Istana Singapura bagi sesi makan malam bersama dengan TYT Halimah Yacob, Presiden Singapura.