SINGAPURA, 4 Jun 2023- Hari ketiga SLD2023, Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan telah menghadiri sesi plenari bertajuk China’s New Security Initiatives yang disampaikan oleh General Li Shangfu, State Councilor; Minister of National Defence, China.
Selain menghadiri sesi plenari, beliau berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan TYT Richard Marles, Deputy Prime Minister and Minister of Defence Australia, TYT Vivian Balakrishnan, Foreign Minister Singapore, akhir sekali bersama dengan H.E.Eng. Talal bin Abdullah bin Turki Al-Otaibi, Assistant Minister of Defence, Kingdom of Saudi Arabia.
Secara keseluruhannya, forum selama 3 hari ini telah memberikan impak yang besar kepada Malaysia. Ini adalah kerana, menerusi forum ini Malaysia sebagai peneraju dalam isu-isu pertahanan dan keselamatan di Asia Tenggara telah dapat bertukar-tukar pandangan serta mendengar pendirian negara-negara lain berhubung dengan isu-isu keselamatan terkini di samping memperkukuhkan hubungan pertahanan dengan negara-negara berkepentingan.