Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

GUA MUSANG, 10 Jan 22 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengatur gerak sebuah pesawat Helikopter EC725 AP dari No. 10 Skuadron bagi membantu menghantar bekalan makanan ke beberapa kawasan perkampungan orang asli di daerah Gua Musang, Kelantan.

ROMPIN, 4 Januari 2022- Penugasan Op Murni TUDM diteruskan lagi pada hari ini melibatkan Medical Evacuation (MEDEVAC) di Lapangan Terbang Tekek, Pulau Tioman.

Terengganu, 6 Januari 2022- Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein telah mengadakan lawatan kerja ke Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus dalam meninjau perkembangan banjir di sana.

HULU LANGAT, 4 Januari 2022 : Seramai 3 Pegawai dan 26 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen 515 Askar Wataniah (515 AW) terus komited membantu penduduk di kawasan terjejas banjir.

GONG KEDAK, 5 Jan 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM meneruskan siri lawatan rasmi ke Pangkalan-pangkalan/pusat latihan/Skuadron/unit.