Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUANTAN, 4 Januari 2022 - Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM meneruskan program penyerahan barangan sumbangan kepada warga ATM yang terjejas banjir.

Hulu Langat, 3 Januari 2022 - Berlanjutan dari kejadian banjir yang melanda negara pada Disember yang lalu, terdapat kira-kira 300 orang terdiri daripada 54 keluarga orang asli Temuan yang tinggal di atas Genting Peras telah terputus hubungan jalan darat kerana kejadian tanah runtuh yang menghalang jalan dan berisiko tinggi untuk dilalui.

HULU LANGAT, 4 Januari 2022 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan Program Cakna Veteran ATM di Hulu Langat, Selangor.

KELANTAN, 2 Januari 2022 - Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd), Brig Jen Abu Hasan Assha'ari Kamis@Shaffiee mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz melawat mangsa banjir di Jeli dan Tanah Merah.

KLUANG, 3 Januari 2021 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Kluang.

SEGAMAT, 3 Januari 2021 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke kawasan terjejas banjir di sekitar Daerah Segamat, Johor pada hari ini.