Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PAHANG, 2 Januari 2022 - Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM meneruskan program penyerahan barangan sumbangan kepada warga ATM yang terjejas akibat bencana banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab.

KLANG, 31 Disember 2021 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abdul Aziz telah turun padang bersama 60 orang sukarelawan daripada kakitangan awam Kementerian Pertahanan bagi membantu operasi Pasca Banjir di Taman Klang Utama.

SELANGOR, 2 Januari 2022 – Angkatan Tentera Malaysia melalui ketumbukan Tentera Darat Malaysia kini membantu Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) untuk menyempurnakan pembinaan jambatan sementara di Kg. Jawa, Sg Lui, Hulu Langat dalam usaha memulihkan laluan perhubungan penduduk di kawasan tersebut yang terjejas kerana jambatan asal runtuh akibat banjir.

PUTRAJAYA, 31 Disember 2021 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abdul Aziz dan pasukan warga awam Kementerian Pertahanan telah hadir bagi Flag Off Sukarelawan Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri, YAB Dato Sri’ Ismail Sabri Bin Yaakob.

KLANG, 1 Januari 2022 – Bencana banjir besar yang melanda kawasan Lembah Klang pada 18 Disember 2021 yang lalu, turut memberikan kesan kepada warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bermastautin di Lembah Klang.

KUANTAN, 31 Dis 21 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan MEDEVAC membawa seorang pesakit dari Pulau Tioman ke Kuantan, Pahang.